Monday, July 27, 2009

...salam mukadimah...

SRA JAIM BATU BERENDAM,MELAKA

SRA JAIM Batu Berendam telah dibina pada 22 Mac 2002.Pada asalnya,tapak tanah sekolah ini
ialah tanah yang diwakafkan kepada JAIM.Sekolah ini didirikan ditanah Lot 1017 Batu Berendam.Tarikh pemilikan tapak ini ialah pada 1 November 2007.Tempoh untuk menyiapkan bangunan ini ialah selama 1 tahun 3 bulan dan 10 hari.Keluasan bangunan sekolah SRA JAIM Batu Berendam ialah 41.5 meter dan panjang bangunan ini ialah 17 meter serta berskala 1 : 250.
Sekolah ini mempunyai kantin yang siap dibina pada tahun 2004.Keluasan kantin ini ialah 7 meter.Ketinggian 5 meter dan berskala 1 : 100.Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali b. Mohd Rustam pada 31 Januari 2008.

Motto : Terbaik dalam kalangan yang terbaik
Visi : Melahirkan insan yang berkualiti
Misi : Menjana kecemerlangan minda dari aspek rohani dan jasmani

MATLAMAT SEKOLAH

>Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi intelek rohani,emosi dan jasmani agar menjadi insan yang sempurna.
>Melahirkan pelajar yang bijaksana dalam pelbagai aspek.
>Membolehkan pelajar menggunakan dan mahir dalam bahasa Al-Quran.

OBJEKTIF SEKOLAH

>Melahirkan insan yang berpendidikan akhlak mulia.
>Menguasai kemahiran asas Al-Quran
>Mencapai konsep 4A
  • Akidah
  • Akhlak
  • Amali
  • Amalan
>Menanam semangat setia dan cintakan sekolah.
>Mendapat kejayaan yang seimbang dalam bidang agama dan amali.

No comments:

Post a Comment